Kesalahan Kata

Percaya diri sangat penting untuk meraih kesukses. Sayangnya, ada sebuah kesalahan besar dan umum, yang dipahami oleh banyak orang tentang percaya diri. Jika Anda terbebas dari kesalahan ini, maka peluang Anda untuk memiliki rasa percaya diri sesungguhnya lebih terbuka. Bagaimana bisa memiliki rasa percaya diri, jika pemahamannya saja masih salah?

Kesalahan Penggunaan kata Ganti Diri
Bagi kesalahan kata ganti diri, kesalahan yang kerap dikemukakan ialah ketidaktepatan penggunaan kata ganti diri dalam situasi ayat.
Contoh Kesalahan:
1. Pencuri itu diberkas ketika beliau cuba mencuri wang Encik Rahman.
2. Mereka-mereka telah berkhemah di pinggir hutan itu selama tiga hari.
3. Kerbau-kerbau itu terpaksa dibunuh kerana ianya dijangkit penyakit berjangkit.

Ayat Sepatutnya:
1a. Pencuri itu ditangkap ketika dia cuba mencuri wang Encik Rahman.
2a. Mereka telah berkhemah di pinggir hutan itu selama tiga hari.
3a. Kerbau-kerbau itu terpaksa dibunuh kerana dijangkiti penyakit berjangkit.
Ulasan Ringkas:
– Kata ‘beliau’ hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja.
– Kata ‘mereka’ tidak boleh digandakan kerana telah menunjukkan maksud jamak.
– Kata ‘ianya’ perlu digugurkan kerana kedua-dua kata ganti nama diri tersebut tidak boleh digabungkan. Kata ganti nama diri ‘ia’ juga tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kata nama selain manusia.

Kesalahan Penggunaan kata Bilangan
Kesalahan penggunaan kata bilangan merupakan bentuk yang paling kerap dikemukakan dan merangkumi kesemua bentuk kata bilangan.
Contoh Kesalahan:
1. Tiap pelajar perlu mendisiplinkan diri untuk menjadi warganegara yang berguna.
2. Para-para guru perlu berkorban demi masa depan pelajar dan negara.
3. Setengah negara mengenakan hukuman yang berat ke atas pengedar-pengedar dadah.

Ayat Sepatutnya:
1. Setiap (atau tiap-tiap) pelajar …….
2. Para guru (atau guru-guru) …………
3. Sesetengah negara (atau: setengah-setengah negara) …………..
Ulasan Ringkas:
– Kata ‘Setiap’ atau ‘Tiap-tiap’ tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya.
– Kata ‘para’ telah menunjukkan maksud jamak dan tidak boleh digandakan untuk menunjukkan bilangan kerana bermaksud ‘rak’. Kata ‘setengah’ pula merujuk kepada maksud ‘separuh’ atau ‘satu perdua’ bahagian.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: